Webiner Kelas NADI Mahir – Foto – Intake 1 (Minggu 2)
30 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 November 2024, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu kedua ini bertujuan untuk mendedahkan peserta secara mendalam mengenai topik dan sistem yang akan dipelajari sepanjang kelas NADI Mahir Foto – Intake 1 ini.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Pada minggu kedua kelas ini, peserta telah diterangkan cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kursus mahir foto secara lebih terperinci.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: